Suami Fatin Afeefa iaitu Opai pernah beberapa kali terpalit kontroversi yang tidak sedap didengar ketika dia aktif menyertai aktiviti pelaburan mata wang asing atau forex.
Selepas sekian lama menyepikan diri, Opai atau Aliff Awang atau Opai, 30, berkata, dia sudah setahun meninggalkan dunia forex dan tidak mahu lagi bercakap atau melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan kerana ia adalah perkara ‘bodoh’.
Kata Aliff lagi, meskipun sudah tidak terlibat dalam forex kehidupannya masih berjalan seperti biasa dan ia bukan satu-satunya punca rezekinya.
“Pasal forex kau jangan cakap dah pasal benda itu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu. Dah setahun tak berharap benda itu. Elok sahaja boleh hidup.
“Kau kalau fikir forex yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.
“Aku yakin rezeki itu luas, yang penting yakin. Allah maha kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh,” katanya.
Aliff mendedahkan perkara itu selepas netizen mendakwa dia menipu kerana tidak menepati janji menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma.
Individu yang meninggalkan komen itu turut melabel dia sebagai budak forex yang suka menipu.
“Abang semalam tak ada pun tengok dekat story, senyap je. Itulah budak forex, memang suka menipu,” ujarnya.
Menjelaskan perkara itu, Aliff memberitahu dia terpaksa menutup gerai roti John kerana kurang cekap memasak juadah tersebut.
Jelasnya, walaupun memberi makanan itu secara percuma dia tidak mahu melakukan sesuatu secara tidak ikhlas dan mahuorang yang menerima juadah itu berpuas hati dengan masakannya.
“Kalau abang nak tahu, masak roti john ni bukan senang. Kami pun pertama kali masak.
“Jadi kenapa semalam tak ada makanan percuma sebab kita nak masak ni biar ikhlas. Jadi bila tak ada keikhlasan, kita cutilah.
“Orang nak makan, kita nak bagi orang puas hati dan menikmati.
“Tapi hari ini Alhamdulillah, kita dah ada keikhlasan dan kita yakin boleh buat kerja ikhlas, insya-Allah kita masak hari ini,” kongsinya.
Baca juga: Tunggu lama sangat, penumpang terkejut diludah ‘rider’ lepas batalkan tempahan