Dalam keadaan ekonomi dan peredaran masa pastinya sudah banyak wanita yang memilih untuk ada kerjaya sendiri da belajar berdikari.
Namun ada juga lelaki yang merasa kerdil apabila memiliki wanita yan pandai berdikari dan tidak terlalu bergantung padanya.
Di bawah adalah perkongsian daripada wanita tersebut.
Saya Sunflower, seorang wanita bekerjaya pengurusan dan profesional (P&P) yang sedang dalam proses penceraian dengan suami saya akibat kewujudan penyondol.
Untuk pengetahuan semua, semasa mengenali saya, suami hanya berpendapatan kecil jika dibandingkan dengan saya yang sudah stabil.
Setelah berkahwin, saya menampung segala perbelanjaan dia untuk belajar dan mengambil kos Oil & Gas yang mahal dan akhirnya pendapatan dia mencecah lima angka sebulan.
Ketika suami saya terkantoi curang dengan saya, saya rasa macam dunia saya dah berakhir malah dia mohon dilepaskan kerana dia dah jatuh cinta dengan penyondol yang dia kenali melalui Facebook.
Dia minta untuk bercerai dan berkata akan membayar semua duit yang dia pinjam daripada saya.
“Gaji aku sebulan bersamaan dengan gaji ciput kau dua bulan lebih, senang ja aku bayar,” ujar suami saya.
Betapa bongkaknya dia berkata-kata sedangkan gaji yang sedikit itulah yang menjadikan dia manusia berjaya sekarang.
Keesokan harinya, saya cuba menghubungi penyondol tersebut namun gagal kerana dia sudah menyekat nombor saya.
Saya menghubungi tempat kerja penyondol tersebut dan menghantar surat aduan kepada bahagian sumber manusia tempat kerjanya.
Selang beberapa minit, barulah dia menghubungi saya. Dia mengatakan saya tidak professional kerana menghubungi tempat kerjanya dan saya sepatutnya saya berasa malu.
Dia juga mengakui bahawa mereka sudah tidur bersama dan penyondol tersebut mahu saya berundur dari hubungan mereka.
Bukan itu sahaja, penyondol tersebut mengatakan bahawa suami saya curang kerana saya bukanlah isteri yang baik kerana saya tidak melayan suami saya seperti kawan dan saya tidak memahami suami saya seperti bagaimana dia memahami suami saya.
Ayat pertama yang keluar dari mulut saya pada ketika itu adalah wow! Agak terkejut bahawa wujudnya seorang perempuan yang langsung tidak rasa bersalah malah menyalahkan isteri yang sah.
Keluarga mentua saya juga sudah mengetahui kecurangan anak mereka walaupun pada mulanya mereka tidak mempercayainya kerana suami saya menyangkal.
Tapi, sudah semestinya saya dengan bijak sudah menyimpan semua bukti di telefon pintar suami saya ke email saya. Saya serahkan bukti tersebut kepada mereka dan mereka mohon untuk saya bersabar.
Suami saya marah kerana saya memberitahu keluarganya dan dia mengatakan dia memilih perempuan tersebut berbanding saya kerana perempuan itu lebih memahami dia dan sentiasa menyokong apa-apa sahaja yang dia katakan.
Agak banyak kata-kata cacian dan maki yang dilontarkan kepada saya seperti f*k, get lost, I hate you, pergi mampus dan sebagainya.
Namun, tiada satupun kata-kata makian daripada saya. Saya hanya ucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
Saya pula dengan membawa hati yang dah berkecai berkeping-keping, saya terus menghilangkan diri.
Masa ini merupakan masa yang sangat sukar kerana saya tinggal keseorangan, tambahan musim perintah kawalan pergerakan (PKP) maka malam-malam memang fikir macam-macam.
Adakah saya tak cukup cantik? Tapi, jika tak cukup cantik, mustahil saya banyak peminat walaupun dah menjadi isteri orang.
Skill memasak dan membuat kek juga tiptop berdasarkan testimonial keluarga dan kawan-kawan saya.
Banyaklah yang bermain di minda sebab-sebab suami saya curang. Kebanyakan, saya menyalahkan diri sendiri.
Rasa nak ulang balik ke masa belum kenal dia pun ada. Menyalahkan takdir pun ada, saya pula anak yang patuh dengan keluarga.
Setia terhadap suami. Dari segi kawan-kawan, saya selalu diundi sebagai kawan yang sangat baik oleh itu, saya mempunyai banyak kawan.
Sepanjang saya hidup, saya tak pernah ganggu hidup orang hingga pada mulanya saya agak marah sebab diuji macam ni.
Setiap malam saya berdoa supaya hilangkan rasa cinta saya terhadap dia atau bangun tidur terus hilang ingatan pasal dia.
Bila difikir balik macam bodoh pula sebab cuba mempersoalkan takdir Tuhan. Setelah sebulan menghilangkan diri, suami saya menghubungi saya semula.
Dia menghubungi saya menggunakan nombor telefon yang baru dan berkata mahu berbincang.
Suami saya berkata andai dapat dia ulang balik masa, dia mahu ulang balik sebab dia menyesal.
Dia juga memberitahu bahawa sayalah wanita terhebat yang dia miliki dan semuanya salah dia, bukan salah saya.
Dia mengatakan setiap kali dengan saya, dia rasa macam dia serba kekurangan sebab saya tahu banyak sangat benda daripada dia.
Saya pula seorang yang berdikari dan dia rasa kerdil jika di sisi saya. Dia mohon untuk kami dua hidup baru bersama dan dia meminta saya untuk memberi masa untuk dia mengakhiri hubungannya dengan wanita tersebut.
Selepas sebulan lebih berhubung secara bersembunyi tanpa pengetahuan penyondol tersebut, akhirnya saya memaklumkan penyondol tersebut.
Saya beri semua bukti kepada penyondol tersebut. Rasa macam lawak?
Saya isteri yang sah, dia pula yang marah seolah-olah dia diduakan. Sudah semestinya suami saya marah kerana dia sudah terkantoi dan mereka berdua bergaduh selepas itu. Selepas kejadian tersebut, saya tidak lagi mengambil kisah pasal mereka berdua.
Baru-baru ini, suami saya berkata dia tidak berhubung lagi dengan penyondol tersebut tetapi berhubung atau tidak, saya akan tetap dengan keputusan saya untuk bercerai.
Dia masih WhatsApp saya sehingga ke hari ini namun saya hanya akan membalas jika saya rasa ianya penting.
Saya juga masih mengekalkan hubungan yang baik dengan mertua saya dan mereka masih berharap agar kami berdua berbaik.
Ada satu ayat mak mentua saya yang saya akan ingat selamanya “Saya sayang kamu sama macam kamu anak saya sendiri. Walaupun nanti kalau kamu tak bersama dia, kamu selamanya di hati saya.”
“Kalau boleh saya tak nak kamu dua bercerai. Tapi jika kekal bersama dengan dia membuat hati kamu sedih maka kamu buatlah yang sepatutnya.
“Cuma kamu jangan lupakan kami atau buang kami ya. Kami sayang kamu macam darah daging kami sendir,” ujar mak ciknya pula.
Kini, saya banyak fokus dengan diri sendiri. Saya memperbanyakkan sedekah saya, banyak cantikkan diri sendiri.
Saya sememangnya masih mencintai dia tapi saya tahu, saya layak untuk bahagia. Masa dah terkantoi pun, banyak jugalah penipuan dia yang lain terbongkar.
Rasa macam kena tipu juga sebenarnya. Semasa dia kembali mencari saya semula dan meminta maaf saya rasa itulah penutup yang saya perlukan.
Dia mengaku sambil menangis yang dia yang tak bersyukur semasa dia memiliki saya dan segalanya sudah terlambat kerana dia rasa saya tak cintakan dia lagi.
Saya sebenarnya bukanlah isteri yang jahat. Dia kata saya ni dah sempurna sebagai seorang isteri cuma dia salahkan saya untuk tegakkan benang yang basah supaya dia tak rasa bersalah.
Saya tak tahu sama ada saya boleh maafkan dia dan perempuan tu atau tidak tapi saya tahu saya mampu teruskan hidup tanpa dia.
Dan saya rasa lega sangat saya tak viralkan penyondol tu ataupun serang dia dekat tempat kerja dia walaupun pada mulanya itu yang saya nak buat.
Tapi saya tak buat sebab seorang wanita tak patut jatuhkan maruah dan standard kepada seorang penyondol.
Pada penghujung hari, saya tetap menjaga maruah sebagai wanita yang mempunyai kelas danpada tahun 2022 kamu akhirnya sah bercerai.
Komunikasi antara suami dan isteri adalah sangat penting dalam memastikan keharmonian rumah tangga serta duduk berbincang ketika dilanda masalah bukannya melarikan diri.