Entah kenapa masih ada yang menormalisasikan poligami sedangkan sedar diri tak mampu dan hanya berharap duit pasangan untuk kelangsungan hidup.
Siapa sahaja mahu hidup dalam kesusahan, terutamanya yang ada anak tapi suami langsung tak ikhtiar untuk mencari rezeki.
Seorang wanita nekad untuk failkan fasakh terhadap suaminya selepas gagal memberi nafkah serta memarahinya kerana bekerja di tempat jauh.
Di bawah adalah kisah yang diambil daripada portal luahan perasaan dalam talian.
Aku ni isteri kedua, baru tamat belajar dan sudah selamat bersalin, semua benda aku tanggung sendiri.
Pantang pun dengan bantuan mak, pernah anak sakit masa pantang, minta duit dengan suami dia dengan senang cakap tak ada, terpaksa aku minta tolong adik-beradik.
Menangis aku, benda penting macam ini pun tak ada duit, macam mana nak besarkan anak, habis pantang aku nekad cari kerja tapi jauh jadi aku bawa anak tinggal dengan aku.
Tapi suami boleh pula marah, katanya susah nak jumpa anak, aku persoal mana duit nak beli pampers dengan susu.
Selamba sahaja dia cakap guna lampin dan susu badan, aku jugalah yang kena penat nak menyental lampin tu nanti.
Suami pula kejap-kejap balik rumah sana, anak nak sekolah la, isteri nak kerja la. Nak cerita susu badan, dah stress tahap nak meroyan, nak tak nak, kena juga beli susu
Dia sampai ugut nak buat laporan polis kalau aku pergi kerja jauh dan tak bagi dia jaga anak. Aku cakap anak aku, aku yang beranak, biar aku yang jaga
Kerja pun tak, anak nak makan apa nanti. Tapi dia dengan kejamnya hina cakap ini bukan anak aku sebab beranak secara pembedahan.
Masuk hospital sebab ada ketumbuhan
Masa anak aku lima bulan, suami masuk hospital sebab doktor kata ada ketumbuhan, aku tak balik, aku hanya hubungi melalui madu aku sahaja.
Sekarang ni dia masih tak kerja, nafkah masih culas, aku terpaksa berhenti kerja sebab anak kerap sakit bila duduk rumah pengasuh dan sampai masuk hospital.
Dan baru-baru ni aku baru pergi mahkamah untuk fail fasakh dan seandainya perkahwinan kami di bubarkan aku pasti akan di kecam.
Mungkin orang yang tak tahu masalah aku bertahun-tahun nikah, bila dah suami macam ni aku tinggalkan pula.
Keluarga aku tak paksa tapi sampai bila aku nak harapkan keluarga aku tanggung, anak pun dah 10 bulan.
Baca juga: Jangan bodohkan diri terjah ‘penyondol’, ini 6 langkah bijak patut dilakukan jika dicurangi