Tidak menjadikan pencerai alasan untuk duduk termenung dalam bilik, anak perempuan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum pilih lancar minyak wangi.
Tular sebelum ini Sheikha Mahra binti Mohammed bin Rashid Al Maktoum memuat naik pengumuman cerai di Instagram.
Kini beliau tampil melancarkan minyak wangi di bawah jenama milik Mahra sendiri iaitu M1 lapor Daily Mail.
Gambar minyak wangi tersebut dimuat naik ke media sosialnya dan jelas terlihat botol dengan warna hitam serta tertera tulisan ‘Divorce’ di bahagian hadapan.
Rata-rata peminat membuat andaian tersebut disebabkan pengumuman cerai oleh Mahra terhadap pemain industri, Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum.
Penceraian tersebut berlaku pada Julai lalu, dua bulan selepas beliau menimang cahaya mata pertama mereka.
Mahra sebelum ini mengisytiharkan penceraian mereka malah menulis ‘saya ceraikan awak’ sebanyak tiga kali.
Tetapi, di bawah hukum Syarak wanita tidak dibenarkan melafazkan talak tiga dan hanya boleh meminta perceraian di mahkamah serta perlu mempunyai alasan munasabah.
Keluarga diraja Dubai mahupun keluarga Sheikh Mana bagaimanapun tidak mengulas mengenai situasi tersebut.
Baca juga: Malaysia masuk dalam senarai 10 negara majoriti Islam terkaya dunia, ini kedudukannya