Baru lima bulan mendirikan rumah tangga, seorang suami meluahkan rasa kecewa terhadap bentuk fizikal isteri yang didakwa punca hubungan intim semakin hambar.
Dalam satu perkongsian di X yang dibuat secara anonymous, lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa fizikal isterinya agak berisi menyebabkan dia kurang tertarik.
Menurutnya, dia telah beberapa kali menegur dan menyuarakan perkara itu kepada si isteri namun tiada sebarang perubahan dilakukan.
“Baru kahwin lima bulan. Tak kerap hubungan intim dengan isteri sebab tak tertarik dengan fizikal dia yang agak berisi.
“Dah pernah tegur beberapa kali tapi tak ada usaha untuk ubah,” tulisnya.
Si suami turut mendedahkan perbezaan fizikal mereka dengan menyatakan dia berketinggian 178cm dan seberat 73kg, manakala isterinya memiliki ketinggian 157cm dengan berat 68kg.
Luahan itu menerima pelbagai reaksi dari netizen, rata-rata mengecam sikap suami tersebut yang disifatkan tidak matang dan terlalu mementingkan rupa paras dalam perkahwinan.
“Inilah akibatnya bila you treat marriage like grocery. Ingat kahwin ni ada ‘free return’ policy?” kata seorang pengguna media sosial.
Namun, ada juga netizen yang cuba memberi cadangan positif, termasuk menggalakkan pasangan itu untuk menjalani aktiviti sihat bersama seperti berjoging atau bersukan secara berdua sebagai satu bentuk sokongan moral dan fizikal.
Baca juga: Pelajar UPSI dakwa sudah rayu pemandu bas perlahan kenderaan tetapi tak diendah