Suami tampil pertahan Kieda Crepe, anggap ‘content’ penyakit kelamin sebagai hiburan

Oleh WAN SITI AMINAH

Suami kepada usahawan sensasi, Kieda Crepe iaitu Hilmi Zaki tampil mempertahankan isterinya selepas wanita itu dikecam teruk susulan memuat naik kandungan tentang jangkitan penyakit kelamin yang dialaminya.

Hal ini berikutan tindakan Kieda itu dianggap memalukan kerana membuka aib sendiri ekoran menjadikan jangkitan Herpes serta alat sulit suaminya sebagai bahan gurauan di media sosial secara terbuka.

Menurut Hilmi, kandungan yang dimuat naik oleh Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra itu hanya sekadar gurauan antara suami isteri dan tidak sepatutnya dianggap serius oleh pengguna media sosial.

Hilmi berkata sedemikian di ruangan komen perkongsian nasihat umum yang dimuat naik olehnya berikutan rata-rata pengguna memintanya untuk memberi peringatan kepada isteri terlebih dahulu berbanding orang lain.

“Tenang sahajalah, isteri aku yang buat (kandungan itu). Apa yang kamu gelabah sangat. ‘Content’ itu sekadar hiburan bukan realiti. Tolonglah, sudah tahun 2025. Apa yang aku nasihat dekat netizen, biarlah.

“Kapsyen aku, terpulang dekat aku. Bukan aku ada buat salah. Serius itu hanya melawak suami isteri. Tiada yang serius pun tentang sakit Hermes (Herpes) itu. Tetapi netizen cepat menghukum. Janganlah begitu.

“Kami juga ada hak nak gembirakan diri sendiri sebelum Allah SWT mengambil nyawa kami,” katanya di ruangan komen hantaran di TikTok ketika membalas pernyataan salah seorang netizen.

@amykiedamerchadise

Jadilah orang baik walaupun tidak dilayan baik , kerana hidup hanyalah sementara dan akan berakhir dengan kematian . 🔥 @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG

♬ Kamin – EMIN & JONY

Terdahulu, Kieda menjadi sasaran kecaman selepas memuat naik rakaman ketika dirinya berada di sebuah hospital dan bertanya kepada doktor mengenai mulutnya yang mengalami masalah bintik-bintik dan terasa kebas.

Selepas diberitahu mengenai penyakit Herpes, usahawan itu dengan nada berseloroh mengaitkan punca jangkitan dialaminya dengan kebersihan alat sulit suaminya dan melontarkan kata-kata ‘telur dia masam’.

Tinjauan di ruangan komen perkongsian terbaharu itu mendapati ramai pengguna meminta Hilmi dan isteri bermuhasabah diri memandangkan mereka sering kali dikecam selepas berkongsi kandungan kontroversi.

Beberapa individu juga tampil memberikan peringatan kepada Hilmi mengenai peranan suami dalam menegur isteri ketika mendedahkan perkara ‘dalam kain’ yang tentunya mengaibkan rumah tangga.

“Betul, jadilah orang baik walaupun tidak dilayan dengan baik. Tetapi berdosa seorang suami jika tak menegur isteri. Terutama jika mengeluarkan aib suami. Hal rumah tangga tak perlu diwar-warkan. Orang yang ada iman tak aibkan suami walau sekadar bergurau,” kata seorang pengguna.

“Apabila kena boikot, mulalah kata itu dan ini. Entahlah, banyak sangat kontroversi yang kamu sudah buat untuk perniagaan ini. Banyak-banyaklah bermuhasabah diri.” Kesal pengguna lain.

Baca juga: Video dikongsi untuk ‘close friend’, Khai Bahar tak sangka difitnah orang terdekat