Kalau di Malaysia, mas kahwin hadir dalam bentuk wang mahupun barangan kemas tapi di Indonesia pula ia datang dalam pelbagai bentuk.
Malah jika dilihat hantaran di sana adalah lebih kepada kelengkapan selepas perkahwinan malah pengantin wanita diberikan tanah atau rumah sebagai hadiah.
Tular seorang pengantin lelaki yang memberikan seekor lembu jantan sebagai mas kahwin buat isterinya.
Menurut laporan Detik, pasangan mempelai dari Ponorogo, Jawa Timur ini menjadi perhatian ramai.
Dita Eka Wahyu Sukmawati, 23, dan Danang Saputro, 28, menjadi pasangan pengantin pertama di Ponorogo yang memilih haiwan ternakan sebagai mas kahwin.
Rupanya pengantin lelaki ada seorang penternak lembu dan bernazar mahu memberikan seekor lembu kepada bakal isteri seandainya bertemu jodoh.
Lembu itu dikatakan dibeli dengan harga Rp20 juta (sekitar RM5,768), malah turut disertakan adalah resit sebagai bukti pembayaran.
Bukan hanya lembu, Danang turut memberikan tiga gram emas dan wang berjumlah Rp5 juta (sekitar RM1,441) kepada isterinya.
Saksi yang hadir melihat ia sebagai satu usaha untuk mengalakkan anak muda untuk menternak lembu.
Baca juga: Tular video rider mengamuk kena ‘hon’ sebab langgar lampu merah