Sultan Brunei puji kepakaran IJN – Anwar

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meluahkan rasa puas hati terhadap kualiti perkhidmatan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sepanjang menerima rawatan di pusat perubatan itu baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam forum Ilmuan Malaysia Madani Siri ke-6 semalam.

Kata Anwar, Sultan Brunei menyatakan bahawa baginda mempunyai pengalaman luas mendapatkan rawatan di pusat-pusat perubatan terbaik dunia dan juga berpuas hati dengan pengalaman diterima baginda sepanjang dirawat di fasiliti kesihatan berkenaan, 

“Tuanku pulang ke Brunei semalam, selepas dirawat.

“Baginda berkongsi kepada saya, sebagai individu memiliki pendedahan dan pengalaman dengan pusat perubatan terbaik di dunia, baginda sangat berpuas hati terhadap mutu khidmat kecemerlangan dan kepakaran doktor kita di IJN.

“Masyarakat pelbagai lapisan wajar mengakui Malaysia memiliki kekuatan tersendiri dalam beberapa bidang tertentu, biarpun negara sering menerima pelbagai kritikan pelbagai pihak.

Sebelum itu, Anwar memaklumkan pada minggu lalu Sultan Brunei dimasukkan ke dalam IJN semasa Asean kerana keletihan.

baca: Ahmad Anwar Ashraf