Syada Amzah luah hasrat mahu ‘pergi’ dahulu sebelum ibu, tak tahu apa akan berlaku jika ibu tiada di dunia

Oleh KIM SYAZIE

Nukilan hati dari penyanyi Syada Amzah buat ibunya agak mengusik perasaan apabila meluahkan hasrat mahu meninggal dunia sebelum ibu tercinta, Fauziah Sarman.

Syada berkata, ini kerana dia tidak mampu hidup tanpa permata hatinya itu.

Dalam nukilan yang dimuat naik di Instagram, penyanyi berusia 26 tahun itu meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama ibunya sebelum tahun 2023 melabuhkan tirainya.

Menyedari kehebatan doa seorang ibu, Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah, memohon dimurahkan rezeki agar sentiasa dapat menjaga insan kesayangan.

“Hasrat Adah (nama panggilan Syada), saya mahu pergi dahulu (meninggal) sebelum ibu, sebab saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada saya jika ibu tiada di dunia.

“Saya tahu tidak semua orang berkesempatan menjaga seorang ibu. Ibu adalah lubuk pahala dunia akhirat dan seperti kita tahu, doa ibu tiada hijabnya.

Baca Artikel Penuh