Syed Saddiq dedah rahsia terbesar Mahathir kekal sihat umur 100 tahun

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sempena sambutan hari lahir ke-100 bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir semalam, ahli parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman membuat pendedahan besar berkenaan rahsia bekas pemimpin itu kekal sihat.

Syed Saddiq dalam pendedahnya di Thread menulis secara berseloroh berkata, sudah tiba masanya untuk beliau mendedahkan ‘rahsia terbesar’ Tun Mahathir kekal sihat dan dan relax walaupun tengah berperang di parlimen.

“Saya rasa dah tiba masanya saya dedahkan RAHSIA TERBESAR Tun M… Rahsia macam mana Tun boleh kekal muda, sihat, dan relax semacam walaupun tengah berperang di Parlimen…,” seloroh Syed Saddiq.

Tak disangka, Syed Saddiq mendedahkan bahawa Tun M suka menonton video kucing.”Sedia? Jawapannya… TUN M LAYAN VIDEO KUCING. Bukan sekali. BANYAK KALI. Siap gelak sorang-sorang. While the whole country tengah panas… Tun chill tengok anak kucing tak takut air & lompat lompat,” kata Syed Saddiq. 

Syed Saddiq turut berkongsi gambar lama yang dirakam di Parlimen beberapa tahun lalu, memaparkan Tun M sedang asyik menonton video kucing.

Sebelum ini, Syed Saddiq merupakan menteri belia dan sukan yang dilantik di bawah pentadbiran Mahahtir sebagai Perdana Menteri pada tahun 2019.

baca: Nazri Mahathir