Syed Saddiq terharu dipuji anak Bella Astillah, tahan sebak cerita tentang Ayden

Oleh WAN SITI AMINAH

Tindakan anak kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Ayden Adrean memberi ucapan istimewa kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah berjaya ‘mencairkan’ hati orang ramai, baru-baru ini.

Mana tidaknya, ucapan diberikan Ayden ketika bersiaran menerusi sebuah stesen radio tempatan itu bukan sahaja membuatkan Syed Saddiq terharu malah terdengar sangat manis di telinga orang ramai.

Ayden di dalam ucapan itu memuji Syed Saddiq berbakat dan juga berpotensi menjadi penyampai radio selain turut menggelarkan bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan sebagai Ironman.

Ucapan itu dipercayai dibuat selepas Bella dihubungi oleh stesen radio Era FM ketika Syed Saddiq menjadi tetamu di dalam segmen 3 Pagi Era yang mana rakamannya turut dikongsikan di platform TikTok.

“Hai ‘Uncle’ Syed Saddiq. Saya cuma nak cakap yang Uncle sangat ‘cool’ dekat radio. Bukan setakat Ironman sahaja, tetapi tapi Uncle juga boleh jadi penyampai radio. Saya bangga sangat dengan Uncle,” kata Ayden dalam rakaman itu.

@era.je

Aduh siapa yang potong bawang ni, Ayden awak dah buat satu Malaysia sedih tau. Sweetnya ucapan Ayden untuk YB Syed Saddiq, lurve part Ayden cakap “Ur not just an ironman, but also can be radio announcer, wowwwww “ 😭 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Pemilik nama sebenar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu terlihat terus tersenyum selepas mendengar ucapan dari Ayden sebelum mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak berusia lapan tahun terbabit.

Ahli politik berkenaan juga dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi cerita mengenai Ayden kepada penyampai radio segmen tersebut iaitu Haziq Hussni dan Namie.

Syed Saddiq di dalam perkongsian itu meluahkan rasa kagum kerana Ayden berjaya menamatkan renangan 400 meter pada Pesta Renang Langkawi (LSF) di Dataran Tanjung Rhu pada 1 Jun lalu di usia yang cukup muda.

Setakat artikel ini ditulis, tinjauan mendapati video dimuat naik oleh stesen radio berkenaan sudah meraih sebanyak 1.1 juta tontonan daripada pengguna TikTok yang mana rata-ratanya terharu dengan kematangan Ayden.

“Ayden ini umurnya muda dari segi fizikal. Tetapi secara mental dan emosi. Dia lebihg matang daripada segelintir orang dewasa dalam dunia ini. Terbaik Bella dan Ayden!,” kata seorang pengguna.

“Nampak tak sesuatu yang dahulu kita nampak macam musibah, sebenarnya adalah satu hadiah berbalut ujian buat Bella dan anak-anaknya. Apa yang perlu kita buat, adalah sabar dan yakin kepada ketentuan Allah SWT.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: Apa sebab kedai mamak selalu jadi ‘port’ lepak rakyat Malaysia tak kira bangsa?