“Syurga untukmu dik..” – Ramai sebak tengok anak payungkan ibu masa solat tarawih

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman mengharukan yang memaparkan kasih sayang seorang anak kepada ibunya tular di media sosial baru-baru ini.

Mengundang sebak, perilaku anak kecil yang memayungkan ibunya ketika menunaikan solat terawih telah menarik perhatian warganet.

Meski diterpa hujan yang kian lebat, terlihat beberapa orang jemaah tetap mengikut imam dan meneruskan ibadah mereka.

Tanpa menghirau penat lelah, kanak-kanak tersebut terlihat mengikut setiap gerak geri ibunya untuk melindungi wanita itu daripada hujan.

“Aku gapapa (tidak mengapa) sakit asal jangan ibuku, sebab duniaku berhenti ketika dia sakit,” tulis kapsyen video yang dimuat naik di laman TikTok itu.

Menerusi video yang telah ditonton oleh hampir 13 juta pengguna itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di negara seberang, Indonesia.

Rata-rata penonton tidak dapat menahan sebak dan meluahkan kekaguman mereka dengan kegigihan anak kecil itu melindungi ibunya.

“Seorang malaikat kecil yg melindungi syurganya,” komen seorang pengguna yang terharu dengan rakaman tersebut.

“MasyaAllah malam tadi, hujan tidak jadi penghalang untuk melaksanakan ibadah yang mendekatkan kita kepada Allah.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: ‘Musim’ rumah tangga artis bergolak membimbangkan, ini nasihat bekas mufti