Sepasang adik beradik kembar yang hadir ke Istiadat Konvokesyen Universti Teknologi Mara (UiTM) berjaya menyita perhatian baru-baru ini.
Mereka berdua mengambil skrol akademik masing-masing yang diserahkan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Namun begitu, reaksi keliru Tengku Permaisuri Norashikin ketika menyerahkan skrol berkenaan telah berjaya mencuit hati penonton.
Manakan tidak, dua orang penerima skrol tersebut berkongsi wajah seiras dan juga mempunyai nama yang hampir sama.
Menerusi video yang beredar di media sosial, dapat dilihat wajah Tengku Permaisuri Norashikin seakan terpinga-pinga dengan situasi itu.
Menjadi perbincangan hangat, video yang dimuat naik menerusi laman TikTok itu berjaya mendapat lebih dari dua juta tontonan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata penonton mengakui terhibur dengan situasi yang jarang berlaku di istiadat konvokesyen itu.
Malah, ramai juga pengguna TikTok yang turut berkongsi kekeliruan mereka saat melihat pasangan kembar tersebut.
“Nasib baik seorang pakai selendang, seorang lagi bawal. Kalau tidak mau Permaisuri tenung lama lagi,” kongsi seorang penonton.
“Dengan aku sekali keliru. Berapa orang kembar ni dua ke tiga. Tahniah semua. Permaisuri cantik sangat.” Komen pengguna lain.
Baca juga: KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion