Tahi burung boleh rosakkan cat kereta? Ini langkah yang anda perlu lakukan

Oleh MAISARAH AISYA

Baru parkir kereta sekejap sahaja dan ada ‘hadiah’ di cermin kereta, tahi burung ni jatuh tepat pula di atas kenderaan.Penjual kereta berdekatan

Kalau tak basuh cepat, mesti perasan ia akan mengeras dan menyebabkan kesukaran semasa nak mencucinya.

Ikuti perkongsian Facebook Armada Autowork yang menyediakan perkhidmatan lengkap penjagaan kereta luar dan dalam.

“Dekat Malaysia ni memang susah nak elakkan kereta kita daripada terkena tahi burung.

“Tahi burung bersifat asid dengan pH antara 3-4.5 dan mempunyai lapisan sampang atau lakuer (lacquer) yang mengembang dan mengeras di sekeliling najis burung.

“Apabila najis burung tidak dicuci dan mengeras pada kereta, lama kelamaan ia akan menghakis clear coat (lapisan yang melindungi cat kereta).

“Jika terus dibiarkan ia mampu meresap dan menjadi sebati dengan cat kereta. Sebatian itu akan menjadikan cat kereta nampak kusam dan tidak berkilat,” ujar hantaran tersebut.

Langkah yang perlu diambil

  • Jika najis tersebut telah mengeras, jiruskan dengan air terlebih dahulu dan biarkan ia lembut dalam masa 4 ke 6 minit.
  • Kemudian gosok perlahan-lahan menggunakan kain yang sesuai.
  • Jangan gosok terlalu kuat kerana ia berisiko mencalarkan kereta anda
  • Sekiranya kesan najis burung tersebut masih tidak hilang, anda perlu polish bahagian tersebut.

Pastikan lepas ini cepat-cepat bersihkan tahi burung di kenderaan anak, jangan tunggu berminggu baru nak cari kedai cuci kereta.

Baca juga: Lelaki Korea sorok telefon dalam seluar ‘kecik’, rakam diri dalam lokap di Malaysia