Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan beliau mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN yang disifatkan sebagai antara yang paling berjaya.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di media sosial, Wong berkata beliau berkesempatan bertemu Anwar di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN semalam dan menyifatkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang bertenaga dan berkesan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas penganjuran sidang yang berjaya. Malaysia telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN.
“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk memajukan usaha integrasi ASEAN,” kata Wong.
Menurut beliau, mereka turut berbincang dan menilai pelbagai isu dua hala yang berkepentingan bersama sepanjang pertemuan tersebut.
Wong turut memaklumkan bahawa beliau menantikan kehadiran Anwar ke Singapura hujung minggu ini bagi menyampaikan Ucapan Khas sempena Dialog Shangri-La.
Baca juga: Pemuda Malaysia sanggup berhijrah jadi tukang cuci di Singapura