Parti Amanah Negara (Amanah) dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan diminta bekerja kuat untuk melahirkan suatu masyarakat yang cakna terhadap nilai dan hak sebagai rakyat negara ini, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Justeru masyarakat madani perlu dibentuk untuk membuat perubahan ini. Amanah bersedia memikul tangungjawab membuat perubahan terutama dalam pemikiran politik dan ekonomi, katanya.
Mohamad dalam perutusan Tahun Baru 2016 berkata, kesejahteraan masyarakat mesti diutamakan supaya ‘good governance’ menjadi tujuan utama dan ‘maqasid syariah’ pula perlu diperjelaskan kepada masyarakat supaya Islam sebagai rahmat untuk semua dapat dijelmakan pada tahun 2016.
“Tahun 2016 menjelang tiba kerajaan dan rakyatnya berada dalam keadaan yang tidak menentu berikutan masalah tekanan ekonomi dan inflasi.
“Rasuah pula masih lagi berleluasa. Ketirian dan penyalahgunaan kuasa dan undang-undang masih lagi digunakan ke atas rakyat.
“Akta Hasutan digunakan secara bermaharajalela ke atas pembangkang dan NGO yang tidak sebulu dengan pemerintah.
“Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula bakal diperkenalkan untuk membolehkan Perdan Menteri bertindak mengisytiharkan darurat di mana kawasan negeri dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.