Tahun ni dah tak kalut cari bahan mentah nak raya! Menteri jamin ayam, telur semua cukup

Oleh MAISARAH AISYA

Orang ramai dijamin bahawa stok bahan mentah di negara ini mencukupi sepanjang musim perayaan hingga Aidilfitri tahun depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa bekalan bahan mentah di pasaran tidak terjejas walaupun lima syarikat dihukum denda oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana membentuk kartel untuk menetapkan harga makanan ayam.

“Insya-Allah ada, cukup dan sentiasa ada (bekalan bahan mentah). KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) sentiasa bekerjasama untuk menghadapi musim perayaan, yang terdekat Tahun Baru Cina (Febuari 2024), kemudian Ramadan dan Aidilfitri (April 2024).

“Kita mahu pastikan supaya telur, ayam dan keberadaan dua benda itu. Harga dan manipulasi ditentukan oleh KPDN.

“Saya tidak boleh komen (kerana) bukan di bawah kuasa kementerian saya,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Media melaporkan, MyCC mengenakan denda sebanyak kira-kira RM415.5 juta kepada lima syarikat kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.

Baca Artikel Penuh