Tak ada ‘cash’ bukan masalah, pengemis buta guna kod QR untuk minta sedekah

Oleh MAISARAH AISYA

Jika zaman dahulu nak bersedekah kepada pengemis jalanan ni kena pastikan ada duit tunai dan syiling.

Tapi dengan teknologi masa kini, pengemis dah mampu nak beli telefon dan membuat imbasan kod Repons Pantas (QR) bagi menyenangkan orang ramai.

Jadi orang ramai tiada alasan tidak membawa wang tunai untuk tidak bersedekah kepada golongan ini.

Menurut Hindustan Times, Seorang pengemis yang buta di Guwahati, negeri Assam berjaya menarik perhatian pengguna media sosial.

Ia disebabkan caranya meminta sedekah dikira unik dan jarang dibuat pengemis lain.

Dalam video yang tular di platform X, pengemis yang dikenali sebagai Dashrath menerima sedekah melalui pembayaran secara digital.

Baca Artikel Penuh