Apabila kesempitan wang, seorang wanita dari Indonesia mengaku terpaksa mencuri bagi melangsaikan duit rumah sewa.
Menurut DetikNews, wanita itu menjadi suspek kes kecurian beg di stesen pengisian petrol pam (SPBU) di Bogor Barat, Bogor, Jawa Barat.
Suspek berusia 51 tahun itu terharu selepas mangsa yang berusia 25 tahun menarik balik laporan yang dibuat.
Jurucakap polis Bandar Bogor Bismo Teguh Prakoso mengatakan kaedah titik tengah itu berlangsung dalam keadaan damai.
Proses perdamaian, menurut Bismo, dilakukan atas inisiatif mangsa sendiri.
“Mangsa sudah mendapatkan semua barangan miliknya termasuk telefon bimbit yang dicuri, sudah dikembalikan barangnya.
“Mangsa pun menarik laporan polis dibuat sebelum ini,” ujarnya.
Hasil siasatan mendapati, wanita berasal dari Ciomas, Bogor, itu mengaku nekad mencuri kerana memerlukan wang untuk membayar sewa.
Baca juga: Selalu ‘cancel order’ kalau barang lambat sampai, netizen sekolahkan lelaki