Tak ada duit tapi ‘order’ makanan, siap demand lagi nak ayam goreng dan air sirap

Oleh KIM SYAZIE

Pelbagai cara akan dilakukan mereka yang sedang kesempitan hidup apatah lagi jika tiada duit untuk beli makanan namun berpadalah dalam meminta simpati orang lain.

Seorang pengguna Facebook berkongsi di ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’ mengenai sikap pembeli makanan atas talian.

Menerusi tangkap layar penghantar makanan, Mohd Hairil Haffiz, dapat dilihat pembeli tersebut meminta simpati ‘rider’ untuk membelikannya makanan.

“Benda ini sudah lama, dah dua minggu kerja ini. Saya tak ambil pesanan dan saya doakan rezeki melimpah ruah buat penghantar yang sanggup ambil.

“Tapi kalau ini ‘scammer’ memang melampau. Nak makan percuma tapi tak mampu sampai minta tolong ‘rider’, demand kalah anak Yusop Haslam,” katanya di Facebook.

Sudahlah tidak ada duit, sempat lagi minta nak ayam goreng, nasi dan kuah lebih berserta sirap ais.

Rata-rata warganet terkedu malah ada yang menyatakan apa diminta tidak banyak cuma mengharap pembeli itu tidak terlalu memilih.

“Dulu ada kawan yang ambil pesanan macam ini, hantar sampai tingkat lima dan tak ada lif pula. Bila sampai cakap tak ada duit tapi tengah mengidam.

“Tapi order nasi kandar pelita. Air teh ais. Tu nak aniaya orang. Kalau kita betul susah, tak gamak buat orang lain camtu,” komen Nur Safuraa.

“Ayam goreng, kuah campur, nasi lebih, sirap ais, klau dia order nasi putih telur goreng boleh lagi nk husnuzon,” tambah Ahmad.

“Siap spesifik nak apa tak habis susah tu. Pemalas kerja ni namanya,” ujar Shahrizdad.

Baca juga: ‘Kiyai’ dakwa boleh tarik duit dari alam ghaib, guna ayat agama perdaya orang