Hati isteri manakah tidak hancur berkecai apabila suami yang bertugas sebagai anggota tentera Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) memilih untuk bertemu janji dengan wanita lain berbanding menemui keluarga sendiri sebaik tiba di tanah air.
Itulah pendedahan yang dibuat oleh seorang ibu kepada tiga cahaya mata apabila tidak dapat menahan perasaan ekoran perbuatan suaminya berlaku curang dengan wanita lain berusia 25 tahun selepas sekian lama melayari bahtera rumah tangga.
Menerusi pendedahan di laman Facebook, wanita terbabit memaklumkan bahawa orang ketiga di dalam rumah tangganya itu mengakui tidak menginginkan suaminya namun rela menoreh tangannya sendiri apabila diabaikan anggota Malbatt berkenaan.
“Hebat! Suami aku sampai Malaysia, wanita tersebut yang jemput di Lapangan Terbang Subang. Tetapi anak-anak dan isteri nak jemput, dia kata makan modal. Maksudnya nanti banyak duit nak kena keluar. Isi minyak, kereta, hotel dan belanja makanan.
“Suami suruh tunggu sahaja dia balik rumah. Tetapi rupa-rupanya dekat perempuan itu, dia siap pindahkan wang ke akaun bank. Mak dialah yang cakap. Betapa gilanya diriku mencintaimu? Kata tak hamaklah dengan suami orang, tetapi gilalah itu sampai toreh tangan.
“Nanti kau jadi isteri dia dapat sejuta rasa juga. Iyalah, nak jadi isteri tentera ini selalulah kena tinggal. Masa mereka banyak habis dengan negara daripada keluarga sendiri. Selamat maju jaya!,” kata wanita itu ‘memberi semangat’ kepada orang ketiga tersebut.

Dalam perkongsian yang sama, wanita itu mengakui tidak akan menghalalkan setiap sen wang diserahkan suaminya kepada orang ketiga terbabit sedangkan haknya sebagai isteri dalam rumah tangga dan anak-anak sering ditolak tepi oleh anggota Malbatt berkenaan.
Perkongsian itu difahamkan dibuat kerana wanita terbabit merasa rimas ekoran kerap diganggu orang ketiga dalam perkahwinannya yang dikatakan sering meroyan apabila diabaikan oleh suaminya malah begitu dahagakan perhatian melebihi isteri sah.
“Banggalah itu dapat Abang Malbatt! Cinta Matilah konon sampai cakap dekat aku, ‘memanglah ramai lagi lelaki lain Kak, tetapi saya tak boleh tipu perasaan sendiri’. Mana tidaknya, suami aku senang berikan duit kepada dia. Seronoklah dia kikis suami aku. Apa diminta, semua dapat.
“Sebab kau jugalah suami sendiri hina aku. Cakap aku ini tumpang harta dia. Aku tak halalkan dunia akhirat semua hak sebagai isteri dan anak-anak yang suamiku berikan dekat kau. Lantaklah kalau suami aku kata dia ikhlas. Tetapi aku tak reda.
“Siap meroyan sebab kena abai dengan suami aku. Mahu perhatian. Tak cukup lagi ke suami aku sudah buka lokasi dia? Siap kau lebih tahu suami aku dan keluarganya pergi mana setiap hari. Aku yang isteri sah ini pun dia tak perlakukan sebegitu,” ujarnya.
Suaminya dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan perempuan terbabit namun majlis tersebut tidak dihadiri oleh ibu bapanya iaitu keluarga mentua kepada sang isteri yang membuat pendedahan mengenai kecurangannya itu.
Sang isteri dalam pendedahan yang sama memaklumkan bahawa dirinya kini berada dalam proses untuk memohon penceraian daripada suaminya malah sudah bersiap sedia menyerahkan anggota Malbatt terbabit kepada orang ketiga itu dengan hati terbuka.
“Bangga muat naik hantaran di sosial media, ‘I SAID YES’. Sudah bertunang dengan suami aku. Siap ada hantaran ya. Tahniahlah dapat bakal suami askar seperti dikatakan oleh mak kau, ‘dia memang nak askar’. Hebat! Redah juga walaupun suami orang lain. Mak kau pun galakkan ya.
“Patutlah nak halau anak itu keluar rumah kalau tak nikah dengan suami aku. Perempuan itu buat siaran langsung di TikTok siap baring atas riba suami aku dalam keadaan usap-usap pipi. Nak tunjuklah kepada dunia ini yang ada abang Malbatt kenan (suka) dekat dia.
“Sepatutnya kau sabar. Nak ambil suami orang itu kenalah sabar banyak. Ini aku masih isteri yang sah. Belum jatuh talak lagi. Meroyan macam aku yang rampas suami kau. Tunggu aku bercerai. Aku sudah sedia nak sedekah suami dekat kau. Tetapi kau yang cabar, tak hormat aku sebagai isteri sah.” Luahnya.
Mengakhiri perkongsiannya, wanita itu turut mendoakan agar Tuhan memberikan balasan setimpal kepada rakan-rakan suaminya kerana bekerjasama untuk merahsiakan hubungan anggota Malbatt terbabit dengan gadis yang merupakan pekerja stesen minyak di Sabak Bernam, Selangor.
Baca juga: 200 bungkus nasi lemak RM1 habis terjual tak sampai sejam buka khemah