Tak berdiam diri isu hutang isteri, Zain Saidin sibuk jual minyak wangi

Oleh MAISARAH AISYA

Tular isu pelakon Rozita Che Wan gagal melunaskan hutang tertunggak Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah RM1 juta.

Disebabkan itu suaminya yang juga pelakon Zain Saidin turut diserang orang ramai berkaitan isu tersebut.

Tidak berdiam diri, Zain menyangkal dakwaan dia tidak membuat apa-apa sedangkan dirinya sibuk menjual produk di Kota Kinabalu, Sabah lapor Harian Metro.

“Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya. Kita usaha, siapa yang beli minyak wangi ni, itu rezeki saya.

“Saya jual benda yang baik. Bukannya kami duduk saja. Macam saya cakap, pihak kita pun ada juga usaha sebenarnya.

“Bukan relaks dan anggap tiada hal dengan semua yang berlaku. Cuma apa yang kami usahakan itu tidak diceritakan,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Pada masa sama dia menolak dakwaan konon isterinya sibuk menunjuk kemewahan sedangkan diri dibelenggu hutang.

Baginya semua itu adalah rezeki dan mereka tidak ada niat untuk menunjuk mahupun bersifat riak dengan segala perkongsian.

Baca juga: Wisma terbesar D’Herbs akhirnya ditutup lepas 10 tahun, Aliff Syukri dedah apa dah jadi