Tak betul anggap perkataan ‘keling’ sensitif, pemuda India ini perjelas sebabnya

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda berbangsa India tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah rakyat Malaysia yang melabel perkataan ‘keling’ sebagai panggilan sensitif.

Menurut Suman Sivan, gelaran keling adalah perkataan biasa yang diguna pakai sejak lama dan tidak berunsur hinaan.

Katanya, penggunaan perkataan keling dalam bahasa Melayu adalah berunsurkan tamadun dan sebahagian dari sejarah negara kita.

Tambah Sivan, isu itu sebenarnya dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menggugat keselamatan negara ini.

Peka isu ini sering menimbulkan pergaduhan, Sivan berharap rakyat Malaysia lebih banyak mengkaji sejarah negara.

Pendapat itu disampaikan di dalam video menerusi laman media sosial TikTok yang tular dua tahun lalu.

“Adakah kamu kaji nama-nama di Malaysia yang berunsurkan dengan perkataan keling? Itu nama, itu bukan penghinaan, contoh kalau dia panggil keling anjing, itu baru penghinaan.

“Mereka olah perkara ini sebagai satu penghinaan sebenarnya itu adalah tamadun bangsa, macam mana boleh jadi tidak suka,” katanya.

Dalam pada itu, Sivan memberi nasihat agar rakyat Malaysia berfikir dengan lebih dalam serta tidak mudah terpengaruh untuk memacu sebarang pergaduhan atau kekecohan.

Baca juga: Meniaga bukan untuk kaya, ramai hiba tengok video lama pasangan terbabas di Sungai Korok