Nama pengacara sensasi, Azwan Ali kembali menjadi sebutan ramai setelah membuat satu pendedahan yang mengejutkan baru-baru ini.
Mengalami gangguan misteri akibat terkena gangguan ilmu hitam, Azwan mendakwa bahawa dirinya telah disihir oleh rakan artis yang memiliki bulu mata lebat.
Walaupun Azwan tidak menyebut nama mana-mana individu, orang ramai membuat spekulasi bahawa pelakunya adalah pelakon popular, Rozita Che Wan.
Mulanya berniat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengacara tersebut, Rozita kemudian mengubah fikirannya dan memilih untuk berdiam diri.
Enggan melayan karenah Azwan Ali yang dikatakan sengaja mencari perhatian, Rozita juga menyifatkan perkara tersebut sebagai isu sampah.
Tampil menjawab persoalan, Azwan meminta Rozita untuk terus berdiam kerana dirinya tidak membuat pertuduhan secara langsung, lapor Harian Metro.
“Saya tak peduli, dia muat naik apa pun. Tapi, adakah saya tulis nama dia? Tolong diam! Saya tak buat apa-apa pertuduhan secara langsung.
“Dari segi undang-undang, tak ada kes. Lainlah kalau sebut nama begini, begini. Jadi, memang boleh saman. Tetapi, saya tak sebut sebarang nama yang sihirkan saya.
“Kerana apa yang sedang tular sekarang, mestilah pihak sana melenting. Aku sebut nama kau ke, ‘bedah’? Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai gangguan ilmu hitam yang dialaminya, pengacara yang terkenal dengan gelaran Diva AA itu mengaku sering diserang pada awal pagi.
Tidak menafikan bahawa dirinya mempunyai mulut yang ‘jahat’, Azwan bagaimanapun tidak menyangka akan ada orang yang sanggup bertindak menyihirnya.
“Malam semalam, jam 2 pagi, demi Allah saya cakap, saya mengaku bahawa saya ‘diserang’. Sebenarnya, saya sakit. Tergamaklah. Kenapa marah sangat dengan saya?
“Memang saya mulut jahat. Saya akui. Tapi, tak payah sihir kot sebab terlalu sakit. Saya rasa pelik sangat sebab saya tak dapat berjalan dan rasa badan saya seperti dibakar.
“Orang akan cakap, sikit-sikit, nak kaitkan dengan sihir. Orang bercakap begitu kerana mereka tak kena sendiri.” Kongsinya memetik Harian Metro.
Difahamkan, Azwan kini sedang berusaha untuk menyembuhkan dirinya dengan bantuan pengamal perubatan Islam yang bergelar ustaz.
Pengacara yang terkenal dengan tagline “amboi, amboi, amboi” itu juga bersyukur kerana menerima banyak doa dari peminat yang menguatkannya.
Baca juga: Dibantu Ebit Lew 2 bulan lalu, Mondy Tatoo tayang sifat sebenar lepas buka tudung?