Hanya kerana tidak mendapat layanan yang cukup daripada suami, wanita terjatuh hati dengan rakan sekerja.
Menerusi Twitter @confesstweetmy, individu tersebut memuat naik tangkap layan ‘curahan hati’ isteri yang damba perhatian suami.
Tidak hanya itu, lelaki tersebut juga sudah berkahwin dan mempunyai anak malah sangat sayang akan keluarganya sendiri.
“Aku crush (minat) dekat seorang lelaki dari pejabat aku kerja sekarang. Dia ni lemah lembut, bijak, lepastu kacak. Masalahnya, dia suami orang tau.
“Sekarang ni pula, kami dah jadi satu jabatan. Lepas tu dia akan tegur sama ada sudah makan atau sihat.
“Kalau penat pergilah tidur dulu kat surau. Dia memang prihatin macam itu,” ujarnya dalam tangkap layar di Twitter.
Malah dia turut mencemburui isteri rakan sekerja kerana mendapat layanan khas dari suami tidak seperti dirinya.
Netizen mula membanjiri ciapan tersebut dengan meningatkan wanita tersebut membetulkan niatnya ke kerja untuk mencari rezeki dan bukannya bercinta.

Baca juga: Betul ke pam minyak pelan-pelan boleh dapat ekstra? Pakcik Shell bongkar lagi mitos isi minyak