Tular satu restoran di utara Malaysia yang membuat video marketing di media sosial konon mahu menarik orang ramai untuk hadir.
Terlihat dalam video tersebut seorang pekerja wanita berlakon seolah-olah dia adalah golongan Orang Kurang Upaya dengan kapsyen tidak matang.
Isu tersebut menaikkan kemarahan orang ramai kerana mereka dilihat tidak sensitif akan hal tersebut dan menganggap ia adalah satu video yang boleh beri kedai lebih perhatian.
Disebabkan itu, restoran tersebut tampil membuat permohonan maaf namun ia masih dikecam kerana tidak disampaikan menerusi cara formal.
“Sebelum itu, kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas video yang diviralkan ini.
“Sememangnya kami staf hanya meniru content yang viral malah langsung tidak menjangka pula untuk timbul masalah yang langsung tidak semua ingini.
“Sebaliknya tidak sangka video yang diviralkan ini telah menconteng nama restoran dan mengguris hati semua rakyat malaysia.
“Masing masing mahukan viral sehingga tidak fikir tentang pihak yang lain dan kami akui kesalahan ini dan insyaallah sebaliknya kami cuba untuk terus berhati-hati dalam memuat naik video lain,” ujar permohonan maaf tersebut.
Bagaimanapun netizen menyangkal permohonan maaf tersebut dibuat secara ikhlas apatah lagi ia diletakkan emoji dan jelas tidak profesional.
“Ni aku nak betulkan ayat tak ada niat nak menghina, sedangkan terang-terang kau tulis dialog ‘jangan cantik kat tempat kerja’. Dah matang pun tak boleh fikir.
“Sebab tu jangan main ambil sahaja orang untuk buat marketing, ini ambil yang lepasan sekolah, buat ‘content’ bodoh untuk tular.
“Cakap kat batang hidung sendiri ke tu? Yang dia buat content semata-mata nak viral sampai sesetengah pihak tersinggung tu tak apa pula.
“Buat permohonan maaf pon nak bubuh emoji banyak-banyak. Tak ada ilmu, tidak profesional, tak perlu berniaga,” antara komen netizen.
Baca juga: Rezeki tak salah alamat, Zamarul Hisham hairan masih dapat tawaran jadi hero walau di usia 53 tahun