Tak jaga aurat ‘client’, wanita ini berang mak andam suka ambil gambar tanpa izin

Oleh KIM SYAZIE

Tular di media sosial, wanita ini meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap sesetengah mak andam atau jurusolek profesional (MUA).

Menurut wanita itu, dia mengerti MUA perlu memuat naik gambar sebelum dan selepas solekan di media sosial bagi tujuan promosi.

Namun, wujud individu tidak bertanggungjawab di kalangan MUA yang suka memuat naik gambar tanpa izin pelanggan.

Malah, ada di antara mereka bersikap tidak peka dalam menjaga aurat pelanggan wanita yang telah menggunakan perkhidmatan mereka.

Memburukkan keadaan, sesetengah mak andam ini tidak boleh menerima sekiranya ada bakal pengantin yang berani menegur.

Katanya, jika pengantin meminta untuk gambarnya tidak diambil, MUA ini akan bertindak bermasam muka saat melakukan pekerjaan.

https://www.tiktok.com/@anislaa_/video/7239385114315083009?_t=8csOlFBwDH0&_r=1

“Selamba nak post kat sosial media muka pucat kita dengan selempang tuala. Kadang tu aurat pelanggan pun tak jaga.

“Selama ini ingatkan gambar sebelum dan selepas yang diambil dikongsi atas kerelaan pelanggan. Tapi rupanya macam wajib pulak,” kongsinya.

Dengan perkongsian tersebut, wanita itu berharap agar jurusolek bersikap terbuka menerima permintaan pelanggan khususnya mengenai gambar.

“Bila ada yang tidak mahu dipos itu tolonglah faham. Kongsi hasil selepas makeup sudah memadai rasanya.” Ulasnya.

Baca juga: Misteri bau busuk terjawab, jasad budak 4 tahun ditemui dalam mesin basuh