Zaman sekarang, tidak kira artis barat atau tempatan pastinya sering tampil dengan pelbagai perhiasan termasuklah subang.
Jelas hukumnya adalah haram untuk lelaki memakai perhiasan seperti wanita meskipun ia direka khas buat mereka.
Buat pelakon Remy Ishak, dia tidak takut menggayakan subang hidung selepas menegaskan ia adalah palsu dan tidak menindik hidung lapor Kosmo! Online.
“Yang saya pakai ini hanyalah ‘septum ring’ (subang hidung) palsu.
“Subang ini sekadar fesyen sahaja. Bagilah saya peluang nak cuba gaya baharu,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pelakon berusia 42 tahun itu bagaimanapun tidak bimbang akan kecaman malah menyatakan dia sudah cukup matang dengan segala keputusan dibuat.
“Sewaktu zaman muda dahulu, saya tidak boleh nak buat gaya sebegini. Kalau buat, saya akan teruk dikecam kerana status yang belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.
“Pada saya ketika ini, tak mengapa saya dengan gaya seperti ini. Saya tak peduli apa yang orang kata. Lagipun, kini saya sudah ada anak.
“Lantaklah sama ada orang nak kutuk atau tidak,” ujarnya lagi.
Baca juga: Boss Mydin salahkan ‘influencer’ sekarang kerap tayang kekayaan, tak setuju sikap suka menunjuk