Manusia tak akan selamanya muda maka tak terkejutlah jika ada tanda-tanda usia semakin meningkat di wajah masing-masing.
Meskipun perubahan ketara dilihat pada wajah, pelakon Fathia Latiff tidak kisah ia menjadi topik bualan ramai terutamanya di media sosial.
Jelasnya penambahan usia antara faktor utama ada perubahan ketara di wajahnya lapor Kosmo! Online.
“tu pendapat masing-masing, bagi saya sama sahaja (wajah). Mungkin faktor umur menyebabkan wajah saya berubah.
“Saya tidak marah pun kepada orang yang bercakap tentang wajah saya sebab itu pendapat masing-masing. Saya terima sahaja,” ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online.
Namun Fathia tidak menolak dakwaan sebaliknya mengaku melakukan rawatan wajah untuk mengekalkan kejelitaannya serta kurang meluangkan masa di media sosial.
“Saya ada ‘eye bags’ dan ada buat rawatan untuk hilangkannya, selain itu saya ada buat rawatan licinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat
“Saya hanya memuat naik posting berkenaan kerja sahaja, selain daripada itu saya jarang guna media sosial. Ini adalah cara saya menjaga mental,” tambahnya.
Dalam satu perkongsian di media sosialnya tahun lepas, Fathia berkongsi hampir keseluruhan wajahnya diubah dengan melakukan rawatan seperti botox dan suntikan ‘filler’.
Baca juga: “Andai saya melangkah lagi ke gerbang perkahwinan, biarlah bawa ke akhir hayat”- Erra Fazira