Setiap perkahwinan ada pasang surutnya, kadangkala penceraian dilihat sebagai jalan terakhir apabila tiada kata sepakat dalam hubungan.
Pastinya setiap pasangan yang berkahwin sebolehnya tidak mahu bercerai namun jika tertulis jodoh sudah berakhir maka terpaksa terima.
Menolak dakwaan berlaku keganasan rumah tangga, pelakon Beego tidak mahu melafazkan cerai dengan jsterinya Linda Hashim lapor Kosmo! Online.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun tidak menafikan bahawa ada insiden kecil berlaku dan menganggap ia sebagai perkara kecil.
Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, bagaimanapun mengakui
“Saya pernah beri komen sebelum ini, ingin saya jelaskan keganasan rumah tangga tidak berlaku.
“Cuma kalau ada insiden kecil berlaku itu perkara biasa,” ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Beego menegaskan dia tidak akan melepaskan isterinya selepas berkahwin pada tahun 2013.
“Mahkamah tanya adakah saya mahu ceraikan isteri? Saya jawab tidak mahu. Saya akan cuba selamatkan rumah tangga ini daripada bercerai untuk kali ketiga.
“Pelbagai usaha sudah saya lakukan untuk selamatkan rumah tangga, usaha itu dibuat sejak dia keluar dari rumah kelamin kami. Cuma dia keras (degil) sikit.
“Saya mesej dia melalui telefon, jumpa mak ayahnya, bagi dia bunga dan hantar bunga dalam kereta,” jelasnya.
Sebelum ini media melaporkan Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada Januari lalu dengan alasan sudah tiada persefahaman.
Baca juga: Ibu jual semua barang kemas demi selamatkan Eda Ezrin, pindah Thailand buka kedai makan