Tak mahu kahwini artis, Sharnaaz rela masuk rumah orang tua jika tiada jodoh

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon, Sharnaaz Ahmad bertekad tidak mahu memilih wanita dari kalangan selebriti untuk dijadikan pasangan hidup.

Keputusan muktamad, pelakon itu bahkan rela masuk ke rumah orang-orang tua jika tidak dikirimkan jodoh dari Ilahi.

Tular di media sosial, kenyataan itu dikongsikan oleh pelakon yang berusia 38 tahun itu menerusi ‘story’ di akaun Instagram miliknya.

Menyerahkan urusan jodoh kepada Allah, masih belum terlintas di fikiran Sharnaaz untuk mencari isteri dan ‘mummy’ baharu untuk anaknya, Jebat.

“Saya tidak mencari, kalau Allah dah tentukan saya ini ada isteri, saya terima. Jebat ada Mummy baru, yang pasti bukan pelakon!,” tegasnya.

Hampir tiga tahun menduda, Sharnaaz mangakui dirinya sudah menyediakan wang simpanan untuk kegunaan di umur senja.

Menurutnya, tabungan tersebut sudah cukup untuk menampung kos penginapan di rumah orang-orang tua yang eksklusif.

“Kalau tak ada (jodoh), saya dah sediakan tabung rumah orang tua-tua mewah punya, pakai jaket bulu warna merah sambil hisap cigar.

Tangkap layar postingan Sharnaaz Ahmad

“Tengok hujan rintik-rintik ikut tingkap. Ada juga kawan boleh main dam haji, tak pun snuker lucky boy,” luah pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad.

Dikurniakan anak lelaki bernama Jebat Jayden, Sharnaaz pernah berkahwin dengan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.

Baca juga: Boleh dihukum penjara, ini undang-undang paling pelik di Malaysia