Banyak kisah remaja yang hamil di luar pernikahan, dek kerana tidak mahu menanggung malu, ada keluarga sanggup menyembunyikan identiti bayi tersebut.
Ada banyak kes di mana selepas anak remaja melahirkan, mereka memaklumkan bahawa bayi tersebut adalah anak kepada ibu bapa dan menjadikan dia adik-beradik dengan ibu kandung.
Pastinya akan tiba satu masa segalanya perlu diceritakan kepada bayi yang tak berdosa itu, mengapa harta ‘bapanya’ tidak dapat diwarisi.
Seorang pengguna TikTok berkongsi kisah tersebut untuk dijadikan pengajaran buat mereka yang sanggup menyembunyikan identiti hanya kerana tidak mahu dipandang hina orang lain.
Kisah ini adalah tentang remaja yang dikenali sebagai Devi yang mengandung ketika masih di bangku sekolah.
Pada mulanya dia cuba menyembunyikan kandungan tersebut namun naluri si ibu tak pernah salah.
Ibunya mula mengesyaki sesuatu apabla Devi kerap berada di dalam bilik dan sering mengenakan baju bersaiz besar.
Ketika usia kandungan mencecah lapan bulan, Devi akhirnya memaklumkan hal tersebut kepada ibunya.
Si ibu bekerja sebagai guru manakala ayah Devi adalah Tok Penghulu di kampung, kedua-duanya ada imej yang perlu dijaga.
Tidak mahu aib anak remaja mereka terbongkar, bayi tersebut diambil dan dijadikan anak angkat.
Walaupun teman lelaki si anak mahu bertanggungjawab, ibu bapa Devi tidak merestui niat lelaki tesebut.
Apabila Devi habis sekolah, dia dihantar ke kota lain untuk melahirkan bayi tersebut sebelum anak yang juga cucu kepada ibu bapanya diambil.
Ibu bapa Devi mengambil hak jagaan bayi itu dan memaklumkan kepada jiran sekeliling kononnya baru mengambil anak angkat.
Devi akhirnya menjalani hidup seperti biasa termasuklah menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.
Sepanjang dibesarkan, budak itu tidak dimaklumkan mengenai siapa sebenarnya ibu kandungnya.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, Devi masih lagi menyimpan rahsia tersebut dan tidak tahu bagaimana untuk menceritakannya kepada suami dan ‘adiknya’.
Baca juga: Isteri akhirnya dedah sisi ‘gelap’ Shuib, “pukul 3 pagi call nangis-nangis” – Watie Hanafiah