Tak malu mengaku tumpang rezeki anak, ucapan Achey untuk Tiara undang rasa sebak

Oleh MAISARAH AISYA

Tak semua pasangan berkahwin dikurniakan rezeki untuk memiliki anak yang lahir dari rahim pasangan, namun ini sama sekali tidak menghalang mereka menjadi ibu bapa.

Pelbagai cara boleh diusahakan untuk menjadi ibu bapa, antaranya adalah anak angkat dan dilihat banyak selebriti mengambil langkah ini.

Buat pelawak Achey, dia dan isteri membuat keputusan untuk mengambil anak angkat pada tahun 2018 dan keluarga kecil itu hingga kini terlihat sangat bahagia.

Menerusi Instagram, ucapan Achey buat anak angkatnya Tiara Zinnirah mengundang sebak banyak pihak.

“Mungkin awak (Tiara) akan baca caption ni bila dah besar nanti, dalam tak sedar jatuh air mata ayah. Kadang ayah rasa layak ke menjadi seorang ayah kepada anak yang hebat.

“Harapa ayah, kau jadikan seluruh kehidupan kamu dengan kebaikan walau apa cara dan situasi sekalipun,” kongsinya di Instagram.

Pada masa sama, Achey mengakui dirinya tak malu jika dikatakan menumpang rezeki anaknya itu.

“Ada yang cakap ayah menumpang anugerah aura kamu, ayah tak malu untuk mengatakan ia benar kerana jawapan sebaliknya akan membuatkan orang tak selesa.

“Maaf kalau ayah dan mama ada tersilap corak untuk mencantikan keperibadian kamu kelak, sentiasa ingat Allah,” kongsinya.

Baca juga: 5 selebriti dengan majlis perkahwinan termahal di Malaysia, nombor 4 tu kalah TokTi