Gara-gara kehabisan wang gaji dan tidak mampu memberi isteri duit belanja, lelaki terdesak buat laporan polis palsu konon disamun.
Menurut Kosmo, suspek memaklumkan dia telah disamun dua lelaki di Jalan Ibok – Paman semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya, suspek membuat laporan di Balai Polis Pasir Gajah, Kemaman pada pukul 4.20 petang kononnya telah disamun.
Berdasarkan laporan lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa kononnya telah disamun dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Y150ZR.
“Dia mendakwa dua lelaki yang menyamunnya itu sukar dikenali kerana memakai jaket dan topi keledar bertutup penuh.
“Dia juga tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran motosikal digunakan.
“Dakwanya, dia kerugian wang tunai RM1,500, rantai dan loket emas bernilai RM700 serta dompet akibat perbuatan samun tersebut,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Jelas beliau, hasil soal-siasat awal akhirnya suspek yang menetap di Jalan Air Putih di sini mengaku membuat laporan palsu.
Bukankah lebih jujur dengan isteri bahawa duit gaji dah habis mungkin dia akan lebih memahami, lainlah kalau duit tersebut dihabiskan untuk perkara yang sia-sia.
Baca juga: Jalan berpegangan tangan, Diana Danielle dan Farid Kamil bakal rujuk semula?