Tak minta persetujuan isteri untuk mana-mana watak, MK K-Clique tahu jaga batas

Oleh MAISARAH AISYA

Sebagai pelakon yang sudah berkahwin mahupun bujang mesti tahu batas pergaulan dan aurat ketika menjalani penggambaran.

Meskipun banyak artis dilihat tidak ambil endah akan babak yang melibatkan sentuhan namun ada juga meletakkan batas untuk keselesaan diri dan penonton.

Buat penyanyi yang menceburi bidang lakonan, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sedar akan batasan sebagai pelakon.

Suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin itu memaklumkan bahawa dia tidak pernah meminta persetujuan isteri untuk berlakon lapor Berita Harian.

“Tak perlu ada persetujuan untuk saya menjayakan apa-apa babak kerana semua ini atas kesedaran diri sendiri.

“Pelakon lain juga tahu di mana had atau batasan perlu ditetapkan ketika berlakon, lagi-lagi di Malaysia.

“Jadi, saya fikir tidak perlu persetujuan orang, sebab itu memang batasan yang perlu dijaga sebagai pelakon. Ini adalah usaha sendiri untuk menetapkan batasan berkenaan,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun MK mengakui bahawa isterinya memainkan peranan penting sebagai pengkritik untuk lakonannya.

“Dia hanya tonton bahagian saya sahaja. Dia jarang beri komen mengenai lakonan, tapi kalau ada perkara tak okay akan beritahu saya.

“Dari segi lakonan, isteri tak ada komen yang tidak baik, jadi maksudnya mungkin semuanya okay,” ujarnya.

Baca juga: Wawa Zainal risau anak terkena penyakit ain, sesak nafas lepas jualan kek batik laku keras