Tak mungkin bankrap, Che Ta dedah tak pernah culas bayar cukai RM50,000 setiap bulan kepada LHDN

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan jelita, Rozita Che Wan menafikan dirinya kini diisytihar bankrap disebabkan gagal membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pelakon berusia 51 tahun itu berkata, dia sendiri tidak pernah menerima notis kebankrapan yang didakwa dikeluarkan oleh mahkamah.

Malah Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, dia  membayar hampir RM50,000 setiap bulan untuk dirinya, tidak termasuk cukai syarikat.

Bankrap

“Siapa kata bankrap? Dapat notis daripada siapa dan saya tidak tahu.

“Saya bayar LHDN, saya juga ada ejen cukai yang uruskan dan audit syarikat. Cukai dikenakan memang banyak, tapi saya bayar.

“Tapi pelik mana datangnya surat itu, kenapa saya pula? Saya bayar hampir RM50,000 sebulan untuk diri saya, manakala syarikat pula lain.

Baca Artikel Penuh