Tak padan dengan purdah! Neelofa didakwa guna imej tak senonoh iklankan produk batin

Oleh WAN SITI AMINAH

Nama usahawan selebriti, Noor Neelofa kembali menjadi topik perbincangan selepas didakwa menggunakan imej berbaur lucah untuk mempromosikan satu ‘produk batin’.

Difahamkan, produk yang dikatakan mampu membantu mengeratkan hubungan suami isteri tersebut dikeluarkan oleh syarikat milik Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor.

Menerusi hantaran dimuat naik di platform Instagram syarikat itu, terdapat beberapa keping gambar yang telah disunting sehingga kelihatan seperti bentuk badan wanita.

Namun gambar yang membangkitkan kemarahan orang ramai adalah imej buah pic berikutan disunting secara keterlaluan hingga menyerupai anggota sulit perempuan.

“Suami hairan kenapa isteri nampak makin elok. Biasanya kalau ajak bersama mesti kena tolak. Tetapi sejak kebelakangan ini, isteri pula yang beria ajak suami,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Antara imej yang telah dimuat naik menerusi platform Instagram untuk mempromosikan produk berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menyelar penggunaan taktik pemasaran yang tidak sensitif kerana menggunakan mesej ‘double meaning’.

Gambar yang digunakan untuk mempromosikan produk itu juga dikatakan langsung tidak bersesuaian dengan imej Neelofa sebagai wanita berpurdah selain bergelar ‘hajah’.

“Kenapa guna gambar macam ini? Malu nak tengok. Boleh sahaja guna pendekatan lain. Neelofa sebagai peniaga Muslimah sepatutnya lebih sensitif,” kata seorang pengguna.

“Macam ini ke tahap pengasas produk yang meraih 10A di dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)? Bawa gelaran Hajah, berpurdah bagai. Sanggup demi duit.” Kongsi pengguna lain yang kecewa dengan perkongsian itu.

Sekadar info, isteri kepada pendakwah bebas yang dikenali ramai sebagai PU Riz itu melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami isteri terbabit pada September lalu.

Baca juga: Dulu jenama tudung gah, usahawan selebriti kini berdepan 5 kes, terima waran tangkap