“Tak perlu beratur naik pentas” – Cara Siti Nurhaliza beri duit raya kepada anak yatim dipuji ramai, siap usap kepala

Oleh MAISARAH AISYA

Bila masuk bulan Ramadan ini maka ramai mula mengadakan acara berbuka puasa bersama anak yatim, baik kerajaan, syarikat mahupun artis.

Namun ada kelainan dilihat semasa majlis berbuka puasa bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi satu hantaran di X, pengguna @rizalhakimm1 memuji cara Siti menyantuni anak-anak yatim.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza dipuji buat jamuan berbuka puasa dengan menyantuni anak-anak yatim.

“Dia sendiri yang turun bagi duit raya kat adik-adik ni sambil usap kepala tanpa perlu mereka naik ke pentas.

“Tak perlu beratur seorang-seorang ikut turn seperti yang biasanya dilakukan oleh VIP,” ujarnya di X.

Baca Artikel Penuh