Tak perlu ‘jaja’ kisah peribadi, Raf Yaakob nasihat pasangan jangan guna media sosial untuk luahan perasaan

Oleh MAISARAH AISYA

Jika dilihat kini sudah menjadi satu trend untuk pasangan meluahkan rasa tidak puasa hati terhadap suami atau isteri di media sosial.

Bila sudah berkongsi maka ramailah yang cuba menjadi batu api, benda kecil pun boleh jadi isu besar.

Tidak pernah berkongsi hal rumah tangga, ahli perniagaan Raf Yaakob mengakui kurang senang dengan dengan tindakan segelintir pihak menjaja aib perkahwinan di media sosial.

Jelas Raf di aplikasi Thread, hal-hal pasangan baik yang masih bersama atau sudah berpisah seeloknya disimpan sahaja.

“Benda-benda mengenai pasangan hidup ni kan, tak kisah lah masih bersama atau sudah tidak bersama, simpan sajalah dalam hati.

“Tak perlu gunakan media sosial untuk luahkan dan gaduh-gaduh,” ujarnya di Threads.

Tegasnya, meskipun ramai menggunakan platform ini untuk mempertahan diri namun mendiamkan diri adalah lebih baik.

“Faham ramai yang nak luah untuk pertahan diri sebab kena fitnah, tapi percayalah diam dan sabar sahaja.

“Kebenaran pasti akan terungkap, jika bukan kebenaran pun, anda akan menang di akhirat.

“Hidup kita di dunia ini untuk kita cari bekalan akhirat. Kalau sabar salah satunya, maka biarlah begitu,” kongsinya.

Baca juga: Ibu sedih nasi dikongsi bersama anak dibuang pekerja gerai, ke tandas sebelum sempat habiskan