Tak perlu susah-susah jahit kaki langsir yang meleret, lelaki tunjuk cara DIY guna seterika

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna Facebook tampil berkongsi panduan berguna bagaimana mahu memendekkan kaki langsir yang meleret, tanpa perlu potong dan jahit.

Panduan ini dikongsikan oleh Ahmad Syahril Mohd berdasarkan pengalamannya sendiri merapikan langsir yang meleret.

Perkongsian ini ternyata amat mudah dengan hanya memerlukan gam kasut yang boleh didapati di medai serbaneka Eco serta seterika.

Bahan-bahan:

1) Gam kasut kedai Eco 

    2) Seterika

    Langkah-langkah

    1) Buat ukuran semula dan lipat langsir supaya kepanjangannya tidak mencecah lantai

    2) Letakkan gam kasut pada bahagian bawah langsir yang hendak dilipat

    3) Tekapkan seterika yang sudah dipanaskan pada kain langsir supaya gam mencair dan melekap dengan kemas.

    Semoga bermanfaat!

    Baca juga: “Biras aku bagi alasan ada anak kecil, 9 tahun kahwin pun tetap tak masuk dapur, reti ‘melantak’ je”