Tak perlu susah-susah rendam kacang merah semalaman! Tambah 1 bahan sahaja ‘konfem’ empuk

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau dulu sebelum nak rebus kacang merah tu mesti mak-mak akan rendam semalam untuk pastikan ia cepat empuk.

Bila dah rebus dan jadi inti, macam-macam kuih boleh buat dan rasanya yang cair dalam mulut mesti buat ramai orang berebut.

Tapi sekarang ini dah tak perlu susah-susah nak rendam semalam, ikuti sahaja resipi dikongsi oleh portal Indonesia, Briliofood.

Tip rebus kacang merah

Kacang Merah: Nutrisi dan Manfaatnya bagi Kesehatan - Inspirasi Shopee

Cara-cara:

  1. Cuci bersih kacang merah tanpa perlu merendamnya.
  2. Kemudian, didihkan air dan masukkan kacang merah yang sudah dicuci bersih ke dalam periuk berisi air mendidih.
  3. Tambahkan 1/2 sudu teh baking soda ke dalam air rebusan kacang. (Jangan letak baking soda terlalu banyak kerana boleh merubah rasa dan tekstur kacang).
  4. Tutup periuk dengan tudung penutup dan rebus selama 10 minit.
  5. Selepas 10 minit, matikan api dan biarkan kacang merah dalam periuk tersebut selama 30 minit.
  6. Selepas 30 minit, hidupkan semula api dan sambung rebus selama 10 minit menggunakan api kecil.
  7. Setelah itu, tutup api dan biarkan lagi selama 15 minit.
  8. Hasilnya, kacang merah akan menjadi lebih empuk dan sedia digunakan untuk hasilkan pelbagai menu yang lazat.

Senang je! Lepas ni kalau nak buat menu untuk bulan puasa pun dah senang, tak perlu nak rendam semalaman lagi.

Baca juga: Tak sangka teh uncang buat tanaman cili subur, jangan tinggal langkah penting ini

Baca Artikel Penuh