Jika dilihat anak muda zaman sekarang sanggup berhutang demi menunjukkan kehidupan mewah sedangkan diri sebenarnya tak mampu.
Buat penerbit terkenal yang bergelar jutawan Datuk Yusof Haslam, dia kekal mengamalkan kehidupan sederhana.
Malah Yusof mengakui dia tidak pernah membeli jam tangan harga lebih RM1,000 lapor Harian Metro.
“Rumah yang ada sekarang ini sudah cukup indah. Saya tidak mahu jadi seperti orang terdekat saya yang berhabis jutaan ringgit untuk ubah suai rumah serta membeli perabot baharu, tapi selepas bisnes jatuh merudum segala aset terpaksa dijual.
“Saya suka menjalani kehidupan secara sederhana saja. Jam tangan saya pun harganya kurang RM1,000. Ada yang juga bernilai RM100.
“Kalau beg tangan pula, isteri saya tidak pernah beli lebih RM3,000. Dia pernah beli beg tangan berharga RM3,000, tapi dia minta izin saya dulu.
“Saya bukan seorang yang kedekut, cuma saya tidak memandang pada jenama mewah walaupun ada kenalan yang sanggup membeli jam tangan bernilai RM25,000,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Malah baginya, dia lebih senang menggunakan duit tersebut untuk bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan.
“Saya tidak ada keinginan untuk beli kereta mewah pun sebab rasa membazir. Bagi saya, lebih baik kita bersedekah dengan duit yang ada. Saya lebih seronok.
“Kalau ikutkan rumah saya selalu ada yang datang minta dibantu. Saya beri apa yang kita mampu.
“Malah ada selebriti yang saya bantu kerana hidup susah dan diberi bantuan bulanan. Tak perlu lah saya beritahu siapa,” katanya.
Baca juga: Fazura didakwa berhutang lebih RM4 juta, ini cerita dari pengilang tudung