Tak pernah letak harga tinggi, Rabbani dedah lebih RM100k bayaran tak diterima

Oleh MALAYSIADATELINE

Meskipun sudah hampir tiga dekad dalam industri masih ada pihak tergamak untuk tidak membayar kumpulan nasyid, Rabbani.

Tidak kisah apa sekalipun pekerjaan itu, pekerja seharusnya dibayar setelah selesai urusan ini tidak ada pula mengambil kesempatan.

Lebih mengecewakan anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz memaklumkan penipuan melibatkan bayaran itu datang daripada penganjur acara dikenali.

Kumpulan nasyid, Rabbani sedih apabila masih berdepan penipuan membabitkan bayaran persembahan daripada penganjur acara dikenali.

Sehingga kini penipuan tersebut masih berlaku, malah jumlah bayaran tidak diterima melebihi RM100,000 lapor Berita Harian.

“Kami tak minta deposit sebab fikir orang dikenali, namun ambil kesempatan untuk tidak bayar. Kami pelik sebab sampai sekarang masih berlaku.

“Kami yakin rezeki ada di mana-mana, tapi bila tanya dia akan marah semula. Kami memang letakkan syarat, tapi tak boleh terlalu ‘demand’.

“Sebagai artis nasyid lelaki sudah berusia, orang tak suka bila terlalu ‘demand’. Untuk isu ini, kami tak boleh terlalu uar-uarkan sebab kalau sebut nama, orang lain takut pula nak panggil.

“Lebih baik kami berlapang dada. Kalau dikira memang ramai orang tak bayar kami. Kebanyakan tak bayar dalam kalangan orang dikenali selepas bekerjasama beberapa kali,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, Azadan menafikan bayaran diletak kumpulan tersebut terlalu tinggi, ia hanyalah sekadar mencukupi untuk menyara kehidupan tujuh anggota Rabbani.

“Terus terang cakap, harga Rabbani tetapkan adalah untuk keperluan kami merangkumi pengangkutan, makan dan bayaran sewa termasuk rumah serta kereta.

“Setakat ini, kami tak bermewah-mewah dengan bayaran persembahan. Jadi, kami harapkan orang begini, kalau tak boleh hendak bayar, jangan aniaya artis,” katanya.

Pada masa sama Azadan akui Rabbani reda sekiranya individu tersebut tidak mampu membayar mereka, kumpulan itu akan tetap berjuang dalam industri nasyid.

Baca juga: Ibu 3 anak mengaku tak bersalah, didakwa tipu isteri Along Cham RM105,380 untuk jamin suami