Tak pernah masak, basuh baju, wanita kahwin muda bersyukur dapat suami memahami

Oleh MAISARAH AISYA

Sebolehnya kahwinlah bila sudah matang, awal perkahwinan memang semua bahagia tapi lama-kelamaan pasangan akan mula jemu.

Sebagai seorang wanita jika tidak pandai memasak sekalipun, tiada masalah untuk belajar apatah lagi jika tidak bekerja dan hanya duduk di rumah sahaja.

Seorang wanita di Indonesia mendapat perhatian pengguna media sosial apabil mendedahkan kehidupan selepas memilih untuk bernikah di usia 18 tahun.

Menurut portal berita Okezone, pengguna TikTok itu memaklumkan dia tidak menyesal berkahwin pada usia muda kerana suaminya tidak pernah memintanya untuk memasak.

Wanita tersebut memaklumkan pernikahan bersama suami adalah aturan keluarga dan bukan pilihan sendiri.

Selalu makan luar sahaja

Memilih akur dengan suami, wanita itu memaklumkan dia tidak pernah belajar memasak, malah mereka berdua lebih memilih untuk makan di luar sahaja.

“Jarang sekali suami menyuruh saya masak. Sebenarnya, saya tidak pernah memasak dan tidak pandai memasak. Jadi, kami sering makan di luar sampai sekarang.

“Tapi kalau di rumah mentua tu tetap masak walaupun sekadar tempe goreng,” katanya.

Suami ambil pembantu rumah

Mungkin tidak mahu isterinya penat, wanita tersebut mendedahkan suami mengupah pembantu rumah menyebabkan dia tak pernah basuh baju sekalipun.

Malah suaminya juga lebih rela membasuh pakaian sendiri tanpa meminta bantuan wanita tersebut.

Video perkongsian tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Bagaimana cara untuk mendapatkan suami yang penyabar ya?” soal seorang netizen.

“Penyabar betul suami awak,” kata pengguna media sosial lain.

Melihat kecaman netizen, wanita tersebut memaklumkan itu adalah kejadian dua tahun lepas dan dia sudah semestinya perbaiki diri untuk suaminya.

Baca juga: Imej terus memulih, terkejut tahu Malaysia disenarai 10 negara teratas paling aman di dunia