Tak puas hati kena hon masa langgar lampu isyarat merah, lelaki pecahkan cermin kereta guna topi keledar

Oleh KIM SYAZIE

Minggu lalu tular satu video seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal didakwa memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah melanggar lampu isyarat merah yang kemudian mengundang rasa marah pemandu lain dan membunyikan hon kepada lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut telah bertindak memecahkan cermin kereta pemandu tersebut kerana tidak puas hati dibunyikan hon.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.40 malam itu difahamkan berlaku di Cheras.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asistem Komisioner Zam Halim Jamluddin, polis mengesan kejadian berkenaan hanya selepas video terbabit tular di media sosial.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana dihon pemandu kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa saksi dilaporkan sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, andaian, atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran, dan ketenteraman awam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dialkukan berhubung kejadian ini.

Baca juga: Tular dakwaan telur disorok sebelum PRU15, ini jawapan KPDNHEP

Baca juga: Shiera luah rasa syukur anak terselamat kemalangan bas rempuh treler