Adam Corrie dedah pernah kena ‘banned’ dengan satu stesen TV lepas masuk Islam

Oleh MALAYSIADATELINE

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang sering membawa watak gangster, Adam Corrie memeluk Islam pada sekitar tahun 2008.

Dalam satu perkongsian di media sosial, tular video perkongsian Adam mengenai ujian selepas bergelar mualaf.

Jelasnya dia tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan dalam tempoh tiga tahun pertama, namun Adam tak cepat melatah dan menganggap ia sebahagian ujian.

“Lepas saya umum saya masuk Islam, ujian pertama yang saya dapat adalah tak ada job (pekerjaan). Tiga tahun tak ada kerja tapi Allah SWT bagi saya satu jalan yang ‘best’.

“Saya rasa seronok, berbaloi kena ‘banned’ dekat satu stesen TV ni. Bidadari (isteri) saya ajak saya pergi majlis ilmu, alang-alang tak ada kerja, saya setuju.

“Majlis itu adalah majlis bersama Habib Ali Zainal Abidin dan saya pergi tiga tahun tanpa henti,” ujarnya dalam video tersebut.

Jelasnya ada banyak momen manis yang dapat diimbau semasa menghadiri majlis ilmu tersbeut termasuk meluangkan masa dengan Habib Ali.

“Banyak program TV yang dia pergi tetapi dia tak pernah sebut nama anak murid dia tetapi saya orang pertama yang dia sebut.

“Adam saf depan. Sebab apa? Majlis mula pukul 9, saya pukul 6 dah dekat depan. Lepas solat asar saya ada dalam majlis sampai habis program.

Hari itu juga hari bertuah bagi saya. Habis program Habib Ali pegang tangan saya dan bawa saya pergi minum.

Baca juga: Bukan biasa-biasa, banglo mewah 6 tingkat Shah Rukh Khan bakal jadi lapan tingkat