Biasalah ibu bapa akan cuba biasakan anak-anak kumpul duit perbelanjaan sekolah untuk membeli barangan yang mereka mahukan.
Ini sekaligus membantu anak-anak untuk memahami tak semua kemahuan mereka perlu dituruti tanpa usaha sendiri.
Menerusi TikTok W Vintage Bundle, satu video pelanggan yang juga seorang budak lelaki dimuat naik selepas dia dilihat mengumpul duit untuk membeli kasut di kedai berkenaan.
Kanak-kanak tersebut memaklumkan dia sudah mengumpul duit selama dua bulan untuk membeli kasut yang berharga RM189.
“Tak cukup RM10? Boleh diskaun ke?” soalnya selepas pemilik video memaklumkan bahawa duit dihulurkan kurang RM10.
Meskipun pemilik video menawarkan untuk memberikan kasut secara percuma selepas melihat kesungguhan budak itu mengumpul duit, namun dia pada awal menolak.
“Serius lah, tak apa lah, diskaun RM10 pun cukup,” ujarnya sebelum berterima kasih kepada pemilik video.
Rata-rata warganet juga suka akan sikap sopan budak lelaki ini yang dilihat sangat beradab semasa membeli.
“Kalau macam ini lah adab budak ni. Aku dah macam mana keperibadian kedua mak ayahnya.
“Dia kumpul duit sendiri, duit tak cukup RM10 pun tak minta dekat keluarga siap minta diskaun RM10 je walaupun orang nak bagi secara percuma.
“Bagus didikan mak ayah budak ni, paling terharu bila abang tu sebut percuma dia cakap tak payah bang, nak diskaun RM10 je,” antara komen warganet.
Baca juga: Individu tolak tawaran gaji RM9k hanya kerana tidak mahu bekerja dengan ‘Type C’