“Tak sangka rendang basi tu yang menundukkan suami aku, padahal si penyondol tu isteri orang”

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak sakit hati bila kepercayaan yang diberikan hilang sekelip mata gara-gara sibuk bercinta dengan orang lain walaupun ada pasangan halal.

Lebih menyakitkan perempuan yang menyondol itu ada suami dan anak tapi sanggup menyebabkan luka di hati wanita lain.

Seorang wanita berkongsi kisah curang si suami dan hingga kini dia sudah tidak percaya akan kata-kata pasangannya itu.

Saya mulakan dengan urusan kerja suami dengan seorang lelaki di satu tempat tetapi lelaki ini sibuk dan meminta isterinya yang bekerja di department yang berlainan.

Tapi mereka kira masih satu syarikat yang membantu suami aku akan namakan dia P (PENYONDOL). 

Apabila mereka berhubung atas dasar perlukan bantuan kerja pada bulan Disember 2022, suamiku dan P ini hanya kawan.

Tetapi apabila bulan Mei 2023 bermulanya pertanyaan P “awak dah makan pagi?, kalau belum mari saya temankan” jeng.. jeng..

Suamiku yang lapar pada masa itu, membuka “ruang tersebut” iaitu melayan.

Setelah menginjak ke bulan lima, suamiku juga semakin berani dan gatal dengan layanan P memulakan ayat “Assalamualaikum Sayang…”

Berbungalah hati P dan P yang seadanya gedik memberi respon yang amat baik. 

Mula berani di tempat awam

Pada Hari Raya Aidiladha, P dengan berani menjemput suamiku datang ke tempat kerjanya untuk menjamu suamiku makan.

Aku yang sentiasa percayakan suami dengan ayat suami “abang nak pergi ke jemputan kawan2 lelaki sempena raya ni”.

Aku tak pernah curiga sikit pun sebab suamiku memang tak pernah buat sesuatu yang mencurigakan selama ini.

Di jamuan tempat kerja P masa hari sambutan Aidiladha tersebut, P dengan berani mengambil gambar suamiku dari dekat, mereka berdua duduk semeja. Korang rasa??..

Untuk apa ya ambil gambar suami orang.. Bukannya ambil gambar secara beramai-ramai. Hahaha..

Ya tak akan jadi ramai sebab P bekerja pada hari itu dan ada yang tidak bekerja. Mereka berseronok berdating di department tersebut. 

Bermulanya episod P mula memberi bekalan makanan untuk kami sekeluarga, aku tak pernah bersangka buruk sebab aku yakin yang aku takkan disihirkan di negeri kelahiran suami aku sendiri (kadar perceraian paling tinggi di Malaysia.)

Tetapi ternyata aku silap sebab P jenis tetap mahu dapatkan apa yang dia nak. Kami sekeluarga akan gatal-gatal satu badan apabila makan makanan yang diberi P.

Tetapi suamiku akan kemaruk angau. Sengih bodoh macam kerang busuk. 

Masuk bulan 7 2023, bermula episod kehangatan cinta mereka memberi hadiah antara 1 sama lain tidak berhenti-henti.

Bergambar berdating dalam kereta bertempat di parking tempat kerja P.

Tak cukup gambar tangan, semakin berani ambil gambar suami ku dari arah belakang siap bervideo lagu untuk dimasukkan dalam TikTok.

Penuh lagu “aku mencintaimu sampai kapan, sampai kita menutup mata”.. Weiii perghhh.. Jiwang sesangat. 

Masuk bulan 8 semakin berani, makan pagi di kedai-kedai bercermin berdekatan rumah dan tempat kerja P, makan tengahari pula di tempat kerja P.

Ayat P ialah “baby ceritakan masalah pada sayang, sayang ceritakan pula masalah pada baby”.

Suamiku dah tak dak malu dan yang bestnya mereka berlakon seolah-olah tak ada apa semasa berjumpa suami P di department tersebut.

Macam cerita Korea “the world of married”. Kesian suami P, sepatutnya dia sedar lebih awal. 

Masuk bulan 9-10, suamiku dah mula tinggikan suara, makanan dari P tetap diterima terutama rendangnya yang tidak kira hari raya pun dibuatnya.

Apabila aku nak makan asyik basi pada masa itu tetapi tetap sedap buat suamiku sehingga aku terpaksa sorok buangkan sebab basi bukannya sebab dah kantoi.

Allahuakbar aku sangkakan lelaki yang bagi tetapi P yang masakkan. Dia punyalah asyik bagi makanan macam aku ni tak masak pula dah. 

Masuk bulan 11… 20/11/2023, di mana whatsapp gatal mereka berdua kantoi apabila suami ku sakit, sebab nak kahwin tapi sayangnya suamiku tergila-gilakan isteri orang.

Luluh hatiku membacanya dan aku memulakan siasatan. 

Walaupun kantoi tetap tak insaf

Hari pertama kantoi, suamiku hanya cakap “kami hanya kawan, aku emosi berlebihan dan overthinking”.

Sama juga P apabila aku menghubunginya “saya tiada niat, kami hanya berjumpa apabila ada urusan penting”.

Lawak lah.. Urusan pentingnya ialah “ambil gambar”.. hahaha. Tetapi P tetap meratap merindu dalam tik tok tidak sepertimana yang dicakapnya kepada aku yang mereka “hanya kawan”. 

Hari kedua kantoi, mata aku dah bengkak, Allah makbulkan doaku dengan cepat dimana dapat bukti mereka berwhatsapp dan mesengger “Kenapa B?… ” bersayang berbaby.. hari-hari.. fikir logiklah…..

Suamiku menyatakan yang dia hanya “suka-suka” dan macam biasa play victim memarahi aku kerana bercakap kasar dengan P sedangkan aku hanya memberi nasihat dalam nada suara yang tinggi..

Lah, kacau rumahtangga orang kot.. Takkanlah aku nak bercakap macam pengacara nona.. Play victim P ni juga boleh tahan sampai suami P menyatakan yang aku salah faham.

Mereka berdua ni dah diberi makan lauk rendang berzaman weii.. Apa P cakap memang percayalah. 

Hari ketiga kantoi, suamiku tak sangka yang mata aku masih bengkak, tak bercakap macam selalu dan aku termenung jauh.. Sangat jauh.

Hari keempat kantoi, dengan izin Allah terkeluar pengakuan dari suamiku tentang semua pemberian hadiah-hadiah antara mereka.

Suami P menelefon aku dan menyatakan yang suami ku dan P hanya kawan. Aku memberitahu suami P, “mari kita semua berjumpa serampang 4 mata dan kita tengok mereka berjoget hendak memberi jawapan setelah semua bukti saya tunjukkan”.

Terus terdiam suami P dan meminta masa akan hubungi aku kembali. Selepas seminggu, suami P mendapati yang kami berdua ditipu bulat-bulat apabila suami P berjaya menyamar menjadi suamiku dan kantoikan P.

Sehinggakan suami P yang mendapat bukti-bukti daripada P sendiri. Bodoh juga si P ni. Pandai buat tak pandai simpan. 

Sudah berada di penghujung bulan 12, kekantoian mereka hampir sebulan berlalu walaupun aku dapati suamiku tidak menghubungi P.

Tetapi P tetap postkan dalam media social “aku rindu” “kita jadi kenangan” “aku rindu” “sampai bila kita harus begini”.. uweekkk

P pernah menyatakan dia tak boleh melupakan suamiku, akan simpan semua kenangan dan akan tunggu suamiku setahun dua tahun lagi untuk mereka berhubung kembali walaupun masih bersuami dan janjinya tetap akan menjaga keluarga.

Untuk aku Allah nak aku merintih kembali dalam tahajjud yang dah lama aku tinggalkan. Isteri ni buat macam mana baik sekalipun apabila curang tu pilihan suami, isteri tetap akan nampak buruk. 

Baca juga: “Ayah memang pemalas, baran dan suka hina ibu, tapi aku tak sangka ibu sanggup buat perkara syirik”