“Tak sekufu”, gadis bengang pemandu Grab ajak nikah tapi enggan cari kerja tetap

Oleh KIM SYAZIE

Latar belakang kekasih yang hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan gadis ini berat hati untuk menerima lamaran lelaki itu.

Tidak memberi sebarang jawapan, gadis tersebut hanya meminta agar pemuda yang bertugas sebagai pemandu Grab itu mencari kerja yang lebih stabil.

Disifatkan sebagai tidak sekufu, wanita itu berharap agar kekasihnya mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup berikutan usianya yang masih muda.

Malah, gadis berkenaan turut menyediakan resume agar lelaki yang disayanginya itu dapat mencari pekerjaan tetap.

Langsung tidak menghargai, lelaki itu juga enggan menghadiri sesi temuduga kerja yang telah dipohon oleh gadis tersebut.

Memberikan sejuta alasan, wanita itu sentiasa bersedia mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi kekasihnya.

Sebagai contohnya, gadis itu memberi cadangan agar pemuda itu berjumpa pakar fisioterapi untuk merawat masalah tidak boleh berdiri lama.

Mungkin sudah berapa di tahap selesa, lelaki itu masih tidak mahu mencuba untuk memperbaiki diri dan kualiti hidupnya.

Memburukkan keadaan, lelaki itu malah mengecewakan gadis itu dengan kata-kata “bawalah sekali ijazah kau tu tanam masuk kubur”.

Akhirnya mengalah, gadis yang membuat keputusan untuk menolak lamaran itu malah dipersalahkan oleh lelaki tersebut.

“Maka dengan itu, memang setakat itu sahajalah aku bagi dia peluang. Serba serbi tak mahu. Buat aku sakit hati sahaja.

“Dia lamar lagi, aku terus tolak. Aku tak nampak usaha nak memperbaiki diri walaupun dia tahu, dia kena improve kalau nak kahwin.

“Meroyan dia weh. Aku pula disalahkan sebab judge dia tiada usaha.” Luah wanita tersebut menerusi satu hantaran di laman Twitter.

Baca juga: Jual cicak tokek, penduduk kampung raih pendapatan ‘masyuk’ RM13 ribu sebulan