“Tak tahu nak menangis atau ketawa” – Wanita salah dengar RM780 jadi RM78, siap tunggu baki

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita memuat naik pengalaman mencuci kereta buat pertama kalinya, apa yang mengejutkan adalah harganya mencecah ratusan ringgit.

Menerusi TikTok @maivodyakonov, dia menceritakan kembali pengalaman lucu membasuh kereta pada harga mahal tapi sangat berpuas hati dengan cucian tersebut.

“Tak berani bagitahu suami harga saya servis, takut suami lagi terkejut.

“Bila B40 cuba tiru T20 bersihkan kereta,” ujarnya di kapsyen video TikTok.

@maivodyakonov

I am so brokeeee🤣 Tak berani bagitau suami harga saya service ini takut suami lagi terkejut😂🤣 #funny #lawak #fyp #tiktokmalaysia

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Bukan hanya basuh tapi siap dengan polish kereta, cuma dia tertawa bila ingat hanya membayar RM80 kerana salah mendengar harga sebenar.

Malah dia siap melihat tukang cuci untuk mendapatkan baki RM2, pada ketika itulah mereka memaklumkan harganya adalah RM780.

Wanita tersebut hanya mampu tertawa dengan dirinya yang agak blur kerana basuh kereta pada waktu malam.

Malah dia juga memaklumkan pusat pembersihan tersebut membersihkan kesan tumpah makanan laut serta bau durian yang memenuhi ruang kereta.

“Bukan selalu kan? Mungkin lima tahun sekali baru buat,” tambahnya.

Baca juga: Saksi temui RM44 juta wang di pejabat, kereta dan rumah bekas Pengarah Jabatan Air Sabah! Ini fakta kes anda perlu tahu